top of page

PROMOSI

Tujuan membuat promosi EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) adalah untuk meningkatkan pemahaman, kesedaran, dan komitmen terhadap prinsip-prinsip EKSA dalam kalangan warga perkhidmatan awam.

Promosi EKSA bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangan awam mengenai pentingnya mengamalkan persekitaran kerja yang kondusif, teratur, dan bersih. Ini membantu memastikan mereka lebih memahami bagaimana EKSA boleh meningkatkan produktiviti dan keberkesanan dalam organisasi.

MEJA KERJA / KUBIKEL KERJA

MEJA KERJA.jpeg

Semua warga kerja PBU adalah disarankan untuk memastikan workstation masing-masing berada dalam keadaan kemas dan teratur. Hal ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan nyaman.

Tidy Desk, Tidy Mind 

REVERSE PARKING

REVERSE PARK.jpeg

Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa EKSA PBU menggalakkan amalan "reverse parking" atau meletakkan kenderaan secara mengundur di sekitar lot parkir PBU. Dengan amalan ini, ianya akan lebih memudahkan kita untuk mengeluarkan kenderaan apabila berlaku kecemasan. Amalan ini ada disenaraikan pada Garis Panduan EKSA PBU.

JIMATKAN TENAGA ELEKTRIK

JIMAT ELEKTRIK.jpeg

Apakah itu penjimatan elektrik? Ia merujuk kepada usaha mengurangkan penggunaan elektrik tanpa mengorbankan keselesaan dan produktiviti. Mengurangkan penggunaan elektrik membantu mengurangkan jejak karbon, yang menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar.
 

Justeru, sentiasalah beringat agar menutup suis elektrik apabila kita tidak menggunakannya. Nak pergi ke makmal, nak menghadiri mesyuarat mahupun nak pergi menjamu selera? Switch Off dahulu.

Service Name

MEJA KERJA.jpeg

Semua warga kerja PBU adalah disarankan untuk memastikan workstation masing-masing berada dalam keadaan kemas dan teratur. Hal ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan nyaman.

Tidy Desk, Tidy Mind 

AKTIVITI TERKINI

SUDUT INDUK
bottom of page