PENANDAARASAN
Penandaarasan EKSA adalah satu alat yang penting untuk meningkatkan prestasi dan ekselens dalam sektor awam. Ia membantu organisasi dalam menilai tahap pencapaian mereka serta mengenal pasti langkah-langkah penambahbaikan yang diperlukan. Dengan pelaksanaan penandaarasan yang berterusan, organisasi dapat meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan, sekaligus mencapai tujuan EKSA untuk mencipta sektor awam yang cemerlang.

Lawatan Penandaarasan daripada Politeknik Ungku Omar (PUO)
20 JANUARI 2022 (KHAMIS): Kunjungan kolaborasi daripada Politeknik Ungku Omar bagi penandaarasan Amalan EKSA PBU. Rombongan terdiri daripada 40 orang pengurusan dan staf dari institusi tersebut.

Lawatan Penandaarasan ke IAB Cawangan Utara
15 JULAI 2020 (RABU): Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Politeknik Balik Pulau telah mengadakan Lawatan Penandarasan dan Perkongsian Ilmu ke Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IABCU) yang diadakan selama satu (1) hari dengan jayanya. Lawatan ini telah dihadiri oleh 8 orang ahli Jawatankuasa EKSA PBU yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi EKSA PBU, Ts. Rosnee binti Zainol.

Lawatan Penandaarasan daripada Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS)
16 JULAI 2024 (SELASA): Kunjungan kolaborasi daripada Politeknik Sultan Abdul halim Mu'adzam Shah bagi penandaarasan Amalan EKSA PBU. Rombongan terdiri daripada 20 orang pengurusan dan staf dari institusi tersebut.

